Friday, April 22, 2011 0 ulasan By: LiYaNa =)

Sedapnya..

Cerita pasal kek buat aq teringgat sesuatu...sedap jugak kalau dapat makan ek??? kek yang paling aq suka white chocolate - secret recipe...
Macam-macam ada kat situ antara yang paling popular & paling sedap mestilah chocolate indulgence, new york cheesecake, oreo cheese, raspberry cheese, cappuccino cheesecake & macam-macam lagilah.




Emm sedap kan???


Kalau nak bagi hadiah atau sebagainya elok bagi kek yang cantik & yg paling sedap macam ni..


Pilih la nak yang mana satu...

Macam maner boleh jadi cantik macam ni ek??

Untuk wedding cake mestilah cari yang cantik & yg pling penting sedap giler...selalunya aq pergi kenduri kawin, dia org punya kek cantik tp...xsedap -( jom kita tgk kek yg macam maner sesuai untuk wedding...


Cantik kan...macam maner nak makan ni...??




Amacam best kan...hehehe aku memang dah nekat habis belajar macam maner pon nak amek kursus belajar buat kek & menjahit....nanti blh buat duit tambahan...insyaallah kalau diizinkan tuhan... bukan utk duit jer sebenarnya, aq mmg minat benda2 ni dari dulu lagi..untuk kepuasan diri sebanarnya...

Ni aq nak bagi resipi kek kukus yg memang aq minat giler..nanti bolehlah korang buat yer...insyaallah jadi punyer...


Bahan-bahan ( 8 in )

· 1 cawan gula perang

· 1 cawan susu segar perisa coklat

· 1 cawan minyak

· 3/4 cawan serbuk koko

· 1/2 cawan susu pekat manis

· 1 1/4 cawan tepung gandum

· 1 sudu teh soda bikarbonat

· 1 sudu teh baking powder

· 3 biji telur

Cara-cara

1. Ayak tepung, soda bikarbonat & baking powder

2. Masukkan serbuk koko, gula, susu segar, susu pekat dan minyak ke dalam periuk dan panaskan di atas api kecil sehingga semua larut. Matikan api.

3. Pukul telur hingga kembang dan masukkan ke dalam bancuhan koko.

4. Masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul sebati.

5. Tuang ke dalam loyang yang telah di lengser dengan minyak/ lapik dengan kertas minyak.

6. Tutup loyang dengan aluminium Foil dan kukus selama 1 jam di dalam kukusan yang telah dipanaskan.

7. Angkat dan sejukkan.



SELAMAT MENCUBA...

Monday, January 10, 2011 0 ulasan By: LiYaNa =)

mar'ah mirah

bdk ni mmg suka berangan dah macam pengantin pon ada..ni zaty pemenang tempat 1 pakaian taradisi melayu..


ni pulak bergambar dengan kak hajar pemenang tempat 1 pakaian kebaya nyoya

gambar dengan orang arab .. nad

ni pulak begambar dengan midah, romeo aku..

ni pulak pemenang tempat ke 2..dah mcm org jawa ..

ni gambar dengan pemenang no 1..cantik x? baju tu ya mahal tu...


Malam kemuncak mar'ah mir'ah.. setiap bilik cabut undi utk pertandingan pakaian seragam..bilik aku kena pakai baju tradisi jawa..mana nak cari penghabisannya bantai jer apa yang ada...heheeee dapat no 3

ni kak fiza... ala2 pereka fesyen aku. hehek3












Tuesday, November 9, 2010 0 ulasan By: LiYaNa =)

Weding Kak Juli...

cantiknya....


sory xdpt g mjlis kak juli..apa2 pon tahniah..-)

Nasi Minyak..


kak hajar kawin.. best tgk orang kawin...sendiri tak tau lg ble... yana tumpang gembira..semoga berbahagia k..-)


Saturday, August 14, 2010 0 ulasan By: LiYaNa =)

Tepung Pelita..



Bismillahirahmanirahim...
Masuk jer bulan puasa...benda yg paling aku nanti2kan...ialah "kuih pelita"...ataupon ada juga org panggil "kuih takur"... Alhamdulillah, aku dapat sambut 1 Ramadhan.. bersyukur sgt.. hari pertama berbuka puasa kat hostel sbb xdpt balik kg...yerlah puasa hari rabu, khamis ada clz..

Yg xbestnya...berbuka tanpa "kuih Pelita" -( xder saper yg nak belikan...bazar ramadhan jauh giler..kalau jalan kaki mau dekat waktu berbuka baru sampai hostel...tempat belajar aku ni xlah seseronok tempat lain..ada setengah tu dia org buat bazar kat dlm IPT tu sendiri..kat sini..hrmmm jgn haraplah...

Igt lagi zaman2 dulu..tiap2 hari berbuka makan kuih pelita..yerlah pose kat rumah, dpt la g bazar ramadhan hari2...kalau time "xblh pose" pon beli jgk...sbb mmg suka gila lah senag kata...kalau ada 10-15 biji aku blh habiskan hari tu jugak...dasyat x penangan "kuih pelita" tu heheheheh...yerlah cuba time bkn bulan puasa xkan jumpa punya "kuih pelita"..jd bila sampai bulan pose aku kena manfaatkan sebaik-baiknya..

Oklah lain kali cerita lagi..apa2 pon yg korang suka x kesahlah, jgn lupa jg kesihatan jugak..tapi aku tetap dengan "kuih pelita" aku ni...hehehek..satu hari nanti aku akan belajar jugak mcm mana nak buat "kuih pelita" ni...makan pandai, buat xpandai -)
Monday, May 3, 2010 0 ulasan By: LiYaNa =)

BLACK




Bismillahhirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

Ok hari ni aku nak cerita pasal benda yg sgt menarik pd aku, syg betul aku dgn dia..aku syg betul dgn kucing, dari kecik sampai sekarang ni tak pernah berubahlah rasa syg aku kat binatang yg dinamakan kucing, binatang lain syg jugak tp kalau dgn kucing ni lain sikit la rasa sygnya…hehehehe….lagi pon antara binatang kesayanggan Rasulullah ialah kucing, sehinggakan ada suatu kisah mengatakan betapa sygnya Rasulullah dgn kucing sehinggakan beliau meletakkan seekor kucing di dalam lengan jubah beliau…-) ( kalau tak silap la yer..)

Nak dijadikan cerita dari aku kecik sampai la aku dah besar sekarang ni, dah berapa banyak kucing dah kat rumah aku, sebenarnya keluarga aku bukannya suka sgt nak bela-bela kucing ni, yealah time yg tak sedapnya dia kadang suka berak sepah-sepah, jd tu yg malas…tapi rumah aku ni selalu datang kucing dari luar, maksudnya bila org buang kucing, nanti kucing tu dtg rumah aku, merengek-rengek mintak makanan, start dari situ kita org sekeluarga tak kesah langsung kalau ada kucing baru yg datang..yerlah boleh menambahkan lagi ahli dalam pesatuan ''kucing-kucing'' kat rumah aku ni..yg bagusnya dia org ni buat kerja, yerlah rumah kampung, dulu rumah aku dekat dgn pokok kelapa sawit, jd banyaklah tikus kat rumah aku..itu yg gunanya kucing-kucing tadi, kerjanya tangkap tikus…haaa kan senag.

Sejak tu banyaklah kucing kat rumah aku, yg beranaknya lain, yg datangnya lain…tp apa pon seronok..sampailah hari ni aku tergerak utk cerita pasal seekor kucing aku ni, pada aku kisah hidup dia menarik..jom aku cerita pasal dia ni…

Kita org bg dia nama “BLACK” sebab dia hitam.. asalnya macam mana dia boleh ader dgn kita org sekarang ni sebab, ada satu hari tu, ayah aku ni kerja sebagai Penyelia Teknik Telekom Malaysia, jd kadang-kadang bila ada report kerosakan dia kena lah pergi betulkan, tak kiralah siang atau malam, pada satu malam tu ayah aku nampak black kat cord badminton, ayah aku kata dia sebok meleset dekat org-org yg ader dekat situ, yerlah maner org nak main badminton, mana nak tengok dia lagi, kalau terpijak karang susah pulak, jd ayah aku pon ambil keputusan utk bawa dia balik rumah, masa dalam kereta tu dia diam jer, seronok kot sebab ada ‘aircond’ agaknya..sejak dari tu mula lah hidup baru dia dgn kita org…seronok la sebab ader ahli baru..black ni manja, jd dia tak lah suka cakar-cakar org..sopan jer bila bg makan diam lah…

Aku antara yg rajin jugaklah nak jg dia..ayah aku mandikan dia..bg makan jd biasanya kerja aku utk ukur semua bontot-bontot kucing yg ada dekat rumah ni termasuklah black supaya dia tak berak sepah-sepah…nasib baiklah dia ni jenis 'spisis' yg lembut, betinalah katakan kalau tidak susah juga aku nak mengukur bontot dia tu…kadang-kadang bila dia baru lepas dimandikan baru boleh bawa masuk dalam rumah,,tu pon tak lama buat suka-suka sebab dia ni manja…walaupun dia ni hitam tapi ‘sweet’ la hehehehe…

Yg buat 'black' ni diterima baik dlm keluarga aku sebab sebelum ni kita org ader seekor kucing...sejak dia lahir kita org bela jd dia manja lah dgn kita semua, nama dia ‘comot’ tp tiba-tiba satu hari tu bila aku balik dari kolej, aku cari-cari dia panggil-panggil pun tak keluar, mama kata comot hilang dan mungkin dah mati , sampai hari ni tak tau dia pergi mana..jd bila dapat black seolah-olahnya dia sebagai pengganti lah pada kami…dalam suka-suka tu ada juga adik beradik aku yg tak suka betul dgn binatang yg namanya kucing, boleh jd 'hesteria' lah kalau tiba-tiba ada org yg dengki dia dengan kucing, boleh pecah rumah ni dgn jeritan dia..dia tu adik no 2 aku (diah) memang pantang lah pada dia..cukup tak suka dari kecil lagi,,ha bakal adik ipar aku pun tak suka juga dgn kucing, hrmmm apa-apalah itukan kehendak dan sifat masing-masing, ada benda yang kita suka, ada juga benda yg kita tak suka, dan tak kan kita nak paksa org utk suka benda yg dia tak suka kan…tapi berbeza dgn adik aku yg lain terutama yg last sekali tu..dia cukup suka melayan black, bila balik sekolah jea..dgn tak tukar baju lagi,beg pun masih kat bahu, yg pertma dia cari dulu ...'black' yg bagusnya black ni bila org panggil nama dia, terus jea dia datang..maksudnya dia taulah nama dia black…setiap petang bila adik aku balik jea dari sekolah agama dia akan bawa black jalan-jalan naik basikal dia pusing-pusing depan rumah, mulanya aku terpikir jugak macam manalah dia bawa black tu naik basikal..rupanya dia masukkan dalam bakul..patutlah, baru aku faham…tu lah dia kisah binatang kesayangan kita org ..setakat ni ada dalam 5 ekor kucing juga lah kat rumah aku..mungkin esok bertambah..mana tau sebab yg seekor tu pun dah bunting..hehehehehe
Thursday, April 29, 2010 0 ulasan By: LiYaNa =)

perkahwinan...


Salam..
Bismillahiahmanirahim..

Pada mulanya aku nak cerita pasal 'apa itu yg dimaksudkan dgn perkahwinan' tapi niat tu ditangguhkan dulu...lain kali kita cerita o.k?

Cerita ni pasal kawan aku, kita org panggil dia dgn nama panggilan pa'ah...dia ni satu kolej dengan aku, umurnya muda lg baru 20thn... orgnya cantik, putih almaklumlah 'syarifah' mestilah cantik yer tak? bayngkanlah bila dah disolek bertambah cantiklah dia...suka aku (btul ni x tipu)hehehe.

Kita start story la ya..wedding dia 17 April 2010 yg lepas, buat dekat Masai. Sebagai kawan dia aku di amanahkan supaya menggumpulkan 'budak-budak' yg lain utk convoi pergi wedding dia, jadi dlm 2 minggu sebelum majlis berlangsung aku pon seboklah contact kawan-kawan yg lain, tp tak best sanggat sebab kita org tengah cuti sem 2 bulan jadi ramailah yg dah kerja sambilan, so tak ramailah yg dapat pergi..... yg dapat pegi kak nad, bahtiar, daniel, mahlia dgn budak-budak dia. Dan yg tak lupa terkejut juga bila tiba-tiba kak nad bagi tau Ustaz Hisyam nak ikut...Ustaz tu ajar Usul Fiqh, susah giler lah nak faham tu yg kita org takut dgn dia sebab dia garang tp dia o.k...-)

Nak dijadikan cerita plan pon dah diatur..kat mana nak jumpa, nak jumpa pukul berapa semua dah setting, sehari sebelum aku pergi, aku dapat SMS dari kak za (ustazah sek lamer aku, kat Skudai)dia jemput aku pergi sek sebab ader majlis Maulidur Rasul.Aku memang suka pergi sana sebab dapat jumpa kwn-kwn lamer dgn anak murid RINDU hehehe..

Ikut cadanggan, aku pergi dgn ***** (special) bertolak pukul 11/12 tgh hari,tp memandangkan aku beriya sgt nak pergi sekolah dan dia pon tak kesah sebab dia pon dah selalu pergi saner,dan dgn ustazah-ustazah kat situ dah kenal sgt dah, jadi kita org gerak pg pukul 8.30 gitu la...dalam perjalanan ke Johor Bahru ader satu kemalangan, yg aku nampak kereta dengan 'kren' terfikir jugaklah kenapa ada benda alah yg 'besar' tu..rupanya 'kren' tu angkat kereta yg kemalangan tu..mesti teruk kan..kalau tak buat apa nak panggil 'kren' tu..yer tak...lebih kurang pukul 10.00 pg aku pon sampai di Johor Bahru.

Turun jer dari kereta ader jer yang kenal, baik anak murid atau mak ayah murid, hehehe syukur sgt masih ada orang yg ingat aku lagi, selepas sesi bersalaman, aku terus ketempat yang dituju, gembira tak terkata bila jumpa semula..yg bestnya bila nak balik tu dapat 'berkat' lagi..besar pulak tu sorang satu..yerlah dah lah tak tolong apa-apa dpt habuan lagi..memang baik la...

Dalam pukul 1.00 tgh hr aku pun gerak ke tempat yg dijanjikan, sampai jer kat sana bahtiar dah tunggu, jd sementara aku tunggu yg lain,aku tel Ustaz. Ustaz mintak kami semua pergi rumah dia, jd bila k.nad sampai jer kami terus ke rumah Ustaz Hisyam.Bila sampai ingat dah boleh terus pergi yerlah jam pun dah pukul 2.30 tgh hari takut lambat sampai, sebab jalan nak ke tempat tu susah sikit, pusing-pusing...untuk tak mengecewakan Ustaz kami pun masuklah sekejap.

Bila semua dah siap, kami pun gerak dari rumah ustaz dalam pukul 2.45 ptg, kami pergi dengan 3 biji kereta.Dalam pukul 3.30 ptg kami pun sampai ke tempat yg dituju, lega rasanya.Masuk jer dalam dewan, dah nampak pengantin..cantik =)..sementara tunggu utk jumpa dengan pengantin, kai makan dulu, yerlah dari pagi makan roti jer..lapar la jugak...selesai makan kami nak ambil gambar, yerlah nak buat kenangan..susah jugak nak jumpa dgn pengantin ni ek..sebok memanjang..selesai ambil gambar kami pun jumpa mak dan ayah pengantik utk ucapkan terima kasih dan tahniah.

Lebih kurang pukul 4.45 ptg kami pun gerak balik ke Johor Bahru, masing-masing ikut haluan masing-masing, aku terpaksa balik ke hostel sebab nak pindahkan barang ke bilik baru, yg lain balik rumah masing-masing.Itulah pengalaman aku dan kawan-kawan aku yg mungkin tak dapat dilupakan walaupun tak ramai tapi best sangat..kepada pa'ah & faizal, semoga bahagia hingga keakhir hayat..amin "Selamat Pengantin Baru"
Related Posts with Thumbnails